Cari @ Amanz

Samsung Memperkenalkan Peranti Baru – Galaxy M Style

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung terus menambah peranti Android baru dibawah mereka, dimana terkini mereka memperkenalkan Samsung Galaxy M yang mana merupakan peranti dengan spesifikasi asas. Buat masa ini, Samsung hanya sekadar mengumumkannya sahaja, dan mungkin akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, Galaxy M membawakan cip pemprosesan 1GHz satu teras, kamera 3-megapixel dibahagian belakang, kamera VGA dibahagian hadapan, skrin Super AMOLED seluas 4-inci, dan didatangkan dengan Android 2.3 Gingerbread, dan juga bateri dengan kapasiti sebanyak 165 mAh.

Dengan pengenalan ini juga, mungkin ia akan terus memperluaskan pasaran Samsung, dimana selain daripada Galaxy Y yang dijual pada harga murah, Galaxy M Style ini juga akan memberikan pilihan alternatif selain daripada Galaxy W.


Komen ()