Salah satu data yang sering dikeluarkan oleh pihak Google dalam membantu para pembangun aplikasi Android adalah kadar penggunaan Android mengikut versi, memudahkan pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka. Dan menariknya, melalui data terbaru yang dikeluarkan, ia memperlihatkan kini Ice Cream Sandwich digunakan pada lebih 0.6% peranti Android seluruh dunia.
Selain daripada itu, peranti dengan Android Gingerbread juga dilihat terus meningkat, dengan meliputi lebih daripada 55% peranti dipasaran. Tablet Android, yang mana menggunakan Honeycomb juga berkembang, dengan bertambah menjadi 3.3% secara keseluruhannya.
Versi Android lama, iaitu Android 2.2 Froyo, Android 2.1 Eclair dan yang lain-lain terus memperlihatkan kadar penurunan, memperlihatkan pengguna peranti lama telah beralih ke peranti baru, ataupun telah mengemaskini peranti mereka menggunakan perisian yang baru padanya.