Cari @ Amanz

Antara perkara yang digemari oleh masyarakat hari ini ialah mendengar lagu kegemaran ataupun lagu secara rawak semasa menjalankan tugas samada di radio ataupun dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet atau komputer. Tambahan pula, kewujudan aplikasi pihak ketiga seperti WOWLOUD dan juga Ares turut menjadikan aktiviti ini lebih menarik.

Akan tetapi, untuk mendengar sesebuah lagu itu secara berulang ataupun memuat turunnya, memerlukan anda terlebih dahulu mengetahui tajuk lagu tersebut ataupun menjalankan terma carian melalui Google, dimana kebiasaanya, pengguna menggunakan sebahagian daripada lirik sesuatu lagu, ataupun menggunakan nama artis, yang mana agak sukar untuk anda menemui sesuatu lagu itu.

Bagaimana pula jika anda terlupa liriknya ataupun hanya mengingati nadanya?

Kini, melalui aplikasi seumpama Midomi, anda boleh menjalankan carian lagu lebih mudah. Anda hanya perlu mendekatkan sebahagian nada muzik tersebut pada mikrofon anda ataupun melakukan humming pada mikrofon tersebut, dan lagu tersebut akan dicari dengan pantas.

Midomi akan melakukan carian dan mengeluarkan lagu yang sesuai berdasarkan kualiti nyanyian dan suara anda. Menariknya, selain dari versi web, Midomi turut ditawarkan dalam versi mobile yang mana boleh dimuat-turun terus ke dalam telefon pintar dan melakukan carian terus daripada telefon anda. Midomi ditawarkan untuk iOS, Android, Symbian dan juga Windows Phone.

Selain daripada Midomi, salah satu aplikasi lain yang turut menawarkan fungsi seumpamanya, dan berfungsi dengan cemerlang adalah aplikasi Shazam.

Nukilan Omar untuk Amanz. Beliau boleh diikuti di @omarmahdzan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd