Cari @ Amanz

Yahoo! merupakan antara gergasi internet yang kini ditimpa zaman kemunduran akhir-akhir ini, bermula daripada ketika mereka mula menggunakan enjin carian Bing pada portal mereka. Setelah melalui fasa carian sejak daripada bulan September yang lepas, akhirnya hari ini, ia disahkan yang mana presiden PayPal, iaitu Scott Thompson adalah CEO baru Yahoo!, bermula daripada 9 Januari 2012 kelak.

Mungkin dengan teraju Scott Thompson kelak, Yahoo! akan memperkenalkan fokus dan matlamat baru yang lebih jelas, sekaligus menaikkan kembali nama Yahoo! yang mana kian pudar dari hari ke hari.

Sebelum ini, beberapa ura-ura turut memperkatakan yang mana Yahoo! mungkin akan dijual kepada pihak lain, selain mereka mula menutup beberapa perkhidmatan dalam mengurangkan perbelanjaan mereka. CEO baru kelak semestinya mempunyai tugas yang penting, dalam mengembalikan era kegemilangan Yahoo! kembali. Sama-sama kita nantikan pengumuman Yahoo!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd