Canonical Bakal Memperlihatkan Rekabentuk Konsep Ubuntu Pada CES 2012

Canonical Bakal Memperlihatkan Rekabentuk Konsep Ubuntu Pada CES 2012

Diterbitkan pada Jan 5, 2012 oleh .

Salah satu acara yang bakal diadakan dalam masa hanya beberapa hari lagi adalah acara tahunan CES 2012, yang bakal memperlihatkan pelbagai gergasi seperti Microsoft, Samsung dan sebagainya memperlihatkan produk mereka. Dan tidak ketinggalan juga pembangun disebalik Ubuntu, iaitu Canonical yang mana turut sama akan menyertai acara terkemuka itu.

Melalui blog mereka hari ini, pihak Canonical mengumumkan yang mana mereka memperlihatkan beberapa produk mereka seperti Ubuntu untuk desktop, Ubuntu One dan sebagainya pada acara tersebut. Namun begitu, salah satu perkara yang menarik perhatian adalah dimana Canonical turut sama mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan rekabentuk konsep eksklusif untuk Ubuntu pada acara tersebut kelak.

Walaupun ia hanya rekabentuk konsep yang bakal diperlihatkan, namun kemungkinan ianya untuk direalisasikan adalah amat tinggi, memandangkan melalui kuasa komuniti, pelbagai perkara boleh dicapai.

Buat masa ini, bagaimanakah ianya akan kelihatan masih lagi tidak diketahui. Pada masa yang sama, ia juga tidak diketahui samada adakah konsep Ubuntu untuk peranti mudah-alih turut sama akan diperlihatkan ataupun sebaliknya.


Konsep : Ubuntu Mobile Project [via]


TIPS & ULASAN