Microsoft Memperlihatkan Fungsi Reset Dan Refresh pada Windows 8

Microsoft Memperlihatkan Fungsi Reset Dan Refresh pada Windows 8

Diterbitkan pada Jan 5, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Windows 8 Beta kepada umum yang disasarkan pada penghujung bulan Februari kelak, Microsoft mula mengeluarkan sedikit demi sedikit informasi berkaitan dengan Windows 8, dan hari ini, mereka telah pun mengeluarkan video ringkas berkaitan dengan bagaimana untuk Refresh dan juga Reset komputer anda menggunakan Windows 8.

Seperti semua sedia maklum, melalui Windows 8 kelak, ia bakal membawakan sokongan untuk kembalikan pemasangan dan sistem operasi anda seperti pemasangan baru melalui fungsi Reset PC. Melaluinya, ia membolehkan semua data peribadai dan perubahan tetapan pada komputer diubah. Ianya merupakan alternatif pintas kepada memformat komputer semula seperti sebelumnya, dan membolehkan sesiapa sahaja yang melakukan Reset PC dengan pantas.

Selain daripada itu, Windows 8 juga dilihat membawakan sokongan Refresh PC, dimana membolehkan para pengguna memasang semula Windows mereka, namun pada masa yang sama menyimpan semua data peribadi dan tetapan penting pada komputer dan sistem operasi mereka.

Kedua-dua fungsi ini juga sekaligus mungkin dapat mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh para pengguna Windows, yang mana gemar akan memformat komputer mereka dan sebagainya.


TIPS & ULASAN