Google Bakal Memperkenalkan Tablet 7-inci Menjelang April?

Google Bakal Memperkenalkan Tablet 7-inci Menjelang April?

Diterbitkan pada Jan 5, 2012 oleh .

Dengan dunia yang memfokuskan kepada tablet, kini ura-ura baru kedengaran, memperkatakan yang mana Google sedang membangunkan tablet Nexus mereka tersendiri (mungkin dengan bekerjasama bersama pengeluar lain) yang bersaiz 7-inci. Ia juga disasarkan untuk berharga murah, lebih kurang sama seperti Kindle Fire yang dijual di Malaysia sekitar RM850.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan tidak diketahui sepenuhnya. Sebelum ini, Google memperkenalkan Android Honeycomb bersama-sama dengan Motorola melalui tablet Xoom, dan mungkinkah tablet ini turut diperkenalkan bersama Motorola juga, tambahan lagi kini Motorola Mobility dalam proses pengambil-alihan oleh Google.

Ia turut diura-ura akan yang mana tablet ini akan sedia menjelang bulan April kelak. Seperti biasa, Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN