Carian
#Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu
January 5, 2012 Aman

Memformat komputer adalah salah satu perkara yang sering kita dengar apabila PC bermasalah. Kadang-kala perkara yang remeh dan dapat diatasi dengan senang, namun ramai yang masih memilih untuk memformat komputer. Salah satu cara mudah untuk memulihkan komputer yang bermasalah adalah dengan menggunakan aplikasi Sardu (Shardana Antivirus Rescue Disk Utility).

Secara ringkasnya, Sardu membolehkan para pengguna membangunkan peranti multiboot mereka tersendiri samada menggunakan peranti USB, cakera CD, DVD ataupun sebagainya. Ketika membinanya, Sardu memberikan pilihan berkaitan aplikasi apa yang ingin disertakan, termasuk antivirus dan ratusan aplikasi lain.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk membaik-pulih dan mengembalikan sistem operasi Windows dengan pantas, terus melalui skrin boot dengan menggunakan Sardu ini. Pada masa yang sama, Sardu turut menyediakan aplikasi untuk para pengguna mendapatkan kembali dokumen atau gambar yang hilang, serta menguji perkakasan mereka seperti cakera keras, RAM, grafik dan sebagainya.

Sardu ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun hari ini, dan menyertakannya kepada aplikasi wajib yang dipunyai oleh anda, andai kata komputer atau sistem operasi anda mempunyai sebarang masalah.

Komen