Huawei Honor Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Minggu Ini

Huawei Honor Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada Jan 5, 2012 oleh .

Setelah tablet daripada Huawei dilancarkan di Malaysia sebelum ini, iaitu Huawei MediaPad, kini peranti terkini daripada Huawei, iaitu Huawei Honor dijangka akan dimulakan jualan di pasaran tempatan pada minggu ini. Harga jualannya di Malaysia adalah RM1099, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Huawei seluruh negara dalam minggu ini.

Melalui Huawei Honor U8860, ia membawakan skrin seluas 4-inci, cip pemprosesan 1.4GHz, mengunakan Android 2.3 Gingerbread, dan juga kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, Huawei Honor dijangka akan mendapat kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.

Pada harga RM1099, mungkin ianya salah satu peranti yang mampu milik dan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Dan mungkin dengan CES 2012 yang semakin hampir, lebih banyak peranti baru bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN