Carian
Kamera Canon C300 Kini Mula Kelihatan Di Malaysia
January 5, 2012 Aman

Selain daripada telefon pintar, salah satu gajet dan peranti yang diminati ramai adalah kamera. Dan salah satu kamera yang bakal dilancarkan di Singapura esok adalah Canon C300. Namun begitu, menariknya, kamera tersebut sudah pun terdapat di Malaysia, dimana telah dilihat oleh salah seorang pembaca Amanz di Berjaya Times Square pada hari ini.

Buat masa ini, harga jualannya masih lagi tidak diketahui lagi. Sebelum ini, ia diperkatakan yang mana Canon C300 bakal berharga sekitar $20,000 apabila mula dijual kelak.

Melalui Canon C300, ia membawakan kamera 8.3-megapixel dengan Super-35 CMOS sensor, 4k sensor. Pada masa yang sama ia didatangkan dalam pilihan mount EOS ataupun PL. Melaluinya ia memberikan pilihan untuk menggunakan semua lensa daripada kamera DSLR ataupun menggunakan semua lensa untuk kamera filem. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan output HD-SDI, dan pelbagai sokongan lain bersama-sama dengannya.

Mungkin kita akan ketahui mengenai harga jualannya di rantau ini dengan pengumumannya di Singapura esok.

Tips awal daripada Fadlisham. Ikuti beliau di @Pyrozyro.

Komen