Carian
ShareYourLook Membolehkan Para Pengguna Berkongsi Gambar Fesyen
January 5, 2012 Aman

Nampaknya laman sosial dengan fokus tertentu akan terus berkembang di Malaysia, dimana terkini dalam versi percubaan adalah laman sosial yang memfokuskan kepada perkongsian fesyen, dinamakan sebagai ShareYourLook. Dan berbeza dengan kebanyakkan laman sosial yang menggunakan pendaftaran menggunakan Facebook Connect, laman ShareYourLook ini menggunakan Twitter untuk pendaftaran.

Melalui laman ShareYourLook, ia membolehkan para pengguna untuk berkongsi gambar berkaitan dengan fesyen-fesyen dan juga cara pemakaian mereka, disamping pada masa yang sama membolehkan para pengguna membuat album dan juga berkongsi dengan yang lain dengan mudah.

Disamping yang sama, ia juga memperlihatkan gambar-gambar daripada pengguna lain pada halaman utamanya. Halaman profil pengguna juga turut sama memperlihatkan gambar-gambar yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna itu.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, fungsi-fungsi padanya masih lagi terbatas, dan mungkin lebih banyak fungsi akan ditambah dari hari ke hari oleh pembangunnya kelak. Bagi mereka yang ingin mengujinya, mungkin anda boleh layari laman ShareYourLook hari ini.

Komen