Apple Menawarkan Diskaun Untuk iPad, iPod Touch, MacBook, iMac Dan Banyak Lagi

Apple Menawarkan Diskaun Untuk iPad, iPod Touch, MacBook, iMac Dan Banyak Lagi

Diterbitkan pada Jan 6, 2012 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple Store Malaysia kini telah pun mengemaskini halaman mereka, menawarkan pelbagai diskaun kepada peranti daripada mereka, termasuk MacBook Air, MacBook Pro, iPad 2, iPod Touch, iPod Nano dan juga iMac. Tawaran yang diberikan oleh mereka hanya untuk hari ini sahaja, dan untuk pembelian melalui kedai atas-talian mereka sahaja.

Diskaun yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut keluarga peranti mereka. Untuk iPad 2, Apple menawarkan diskaun sebanyak RM121, untuk iPod Touch sebanyak RM71, iPod Nano sebanyak RM35, MacBook Air sebanyak RM311, MacBook Pro sebanyak RM311 dan juga iMac sebanyak RM311.

Selain daripada itu, Apple juga turut menawarkan diskaun untuk peranti-peranti tambahan mereka, seperti Magic Trackpad, Apple Magic Mouse, Time Capsule, Apple Wireless Keyboard, AirPort Express Base Station, iPad Smart Cover, Microsoft Office Home & Student 2011 dan juga AirPort Extreme Base Station.


TIPS & ULASAN