Salah satu aplikasi popular yang berasaskan komuniti yang memfokuskan kepada perkongsian berkaitan trafik dan lalu-lintas di sekitar anda. Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan navigasi bersama dengannya. Memandangkan ianya aplikasi percuma, dan berasaskan komuniti, kini pengguna Waze Malaysia juga turut dilihat bergiat aktif dalam berkongsi data melaluinya.
Melalui Waze, para pengguna boleh mengetahui keadaan trafik masa-nyata, selain turut mengetahui keadaan jalan raya sekitar anda, sekaligus memudahkan anda membuat perancangan untuk perjalanan anda. Pada masa yang sama juga, ia turut membolehkan para pengguna memuat-naik gambar keadaan jalan raya dan sebagainya, serta berkongsi bersama yang lain.
Bagi para pengguna Malaysia, untuk mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain dikalangan komuniti Waze Malaysia (tidak rasmi) melalui halaman Facebook, dan bagi mereka yang baru ingin mempelajari bagaimana anda boleh menyumbang kepada komuniti, anda boleh mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh salah seorang dari komuniti Waze Malaysia ini.