Cari @ Amanz

Research In Motion boleh dikatakan dibawah tekanan sekarang apabila ramai yang mula beralih ke platform lain seperti Android dan iOS, selain turut menerima kritikan kepada sistem operasi BlackBerry. Jikalau sebelum ini ia dilaporkan RIM hanya akan mengeluarkan peranti BB OS 10 pada penghujung 2012, kini laporan baru mengatakan, mereka akan memperlihatkan platform mereka tidak lama lagi.


Kamera oleh Justin Lee.

Ia dilaporkan Research In Motion akan memperlihatkan sistem operasi generasi baru mereka – BlackBerry OS 10 pada bulan Februari kelak pada acara Mobile World Congress di Barcelona kelak.

Pada masa yang sama, mereka juga akan terus mendemonstrastikan ciri-ciri menarik yang dibawakan oleh BlackBerry 7 dengan fokus terhadap sokongan NFC dan juga aplikasi BlackBerry yang diintegrasikan antara satu sama lain.

Selain daripada acara pada bulan Februari, Research In Motion juga turut sama akan menyertai CES 2012 yang akan diadakan dalam beberapa hari lagi, serta memperlihatkan BlackBerry PlayBook OS 2.0 padanya.

Mungkin lebih banyak maklumat berkenaan dengan sasaran RIM sepanjang 2012 akan diketahui kelak pada kedua-dua acara tahunan terkemuka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd