Cari @ Amanz

Nampaknya, DiGi telah pun mula menawarkan peranti Galaxy Nexus melalui DiGi Online Shop bermula daripada hari ini, dimana para pengguna yang berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran untuknya. Melalui pelan dan pakej DiGi, peranti ini ditawarkan pada harga bermula daripada serendah RM1399 dengan pilihan pelan DG Smart Plan 68 selama 24 bulan.

Selain daripada itu, DiGi juga menawarkan pakej dengan pilihan 12 bulan, dan juga dengan pelan DG Smart Plan 48. Ia tidak diketahui adakah DiGi akan terus memulakan penghantaran selepas pembayaran ataupun, adakah ianya akan mula dihantar bermula minggu hadapan – 13 Januari.

Selain DiGi, Celcom juga dijangka akan menawarkan peranti tersebut, namun masih belum mengemaskini laman mereka dengan tawaran untuk Galaxy Nexus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd