Siri Bakal Menyertakan Sokongan Bahasa Mandarin Pada Tahun Ini?

Siri Bakal Menyertakan Sokongan Bahasa Mandarin Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada Jan 6, 2012 oleh .

Siri merupakan salah satu platform yang diperkatakan sejak tahun lepas, namun seperti semua sedia maklum, ia hanya menyokong bahasa Inggeris dengan beberapa bahasa lain sahaja buat masa ini. Dan menurut beberapa laporan, ia memperkatakan sokongan Mandarin bakal diperkenalkan pada Siri dalam tahun ini.

Ia mungkin salah satu strategi untuk memasuki pasaran China oleh Apple, dan memandangkan para pengguna tempatan ada sebahagian yang menggunakan bahasa Mandarin dalam pertuturan mereka, ia juga bakal memberikan kesan positif untuk mereka.

Namun begitu, sokongan untuk bahasa Malaysia masih lagi tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasmi oleh Apple kepada pengguna seluruh dunia, dan bilakah sokongan lokasi dan sebagainya akan diperluaskan kepada pengguna seluruh dunia.


Siri Berbahasa Malaysia (kredit : Najib Hassan)


TIPS & ULASAN