Carian
iPad 3 Pada Mac, iPad 4 Pada Oktober?
January 6, 2012 Aman

Dengan bulan Mac yang semakin hampir, Apple dijangka bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga tablet mereka, iaitu iPad, dimana mereka sepatutnya memperkenalkan iPad 3 pada tempoh tersebut. Kini, ura-ura berkaitan dengannya mula kedengaran kembali, dan turut memperkatakan berkenaan dengan iPad generasi ke empat yang disasarkan pelancaran pada tahun ini.

Sejak daripada tahun lepas, Apple diperkatakan akan memperkenalkan iPad generasi baru dengan sokongan paparan Retina. Dan menurut ura-ura baru, iPad 3 akan menyertakannya, dan iPad 4 diperkatakan akan diperkenalkan sekitar Oktober, yang mana akan membawakan aplikasi yang dikhaskan untuknya.

Walaubagaimanapun, beberapa sumber turut melaporka yang mana iPad 4 mungkin tidak akan dilancarkan tahun ini, dan hanyalah prototaip untuk tahun 2013 kelak.

Dengan pelancaran iPad generasi baru pada suku tahun pertama ini, mungkin kita akan dapat melihat penurunan harga untuk iPad 2 seperti mana berlaku pada tahun lepas, ketika pelancaran iPad 2.

Komen