Aplikasi ChatON Daripada Samsung Kini Ditawarkan Kepada Pengguna iOS

Aplikasi ChatON Daripada Samsung Kini Ditawarkan Kepada Pengguna iOS

Diterbitkan pada Jan 7, 2012 oleh .

Setelah Samsung memperkenalkan aplikasi permesejan mereka, ChatON pada platform Bada dan juga Android, kini mereka terus memperluaskannya, dimana kini aplikasi ChatON turut sama ditawarkan kepada para pengguna iPhone, iPod Touch, dan juga iPad, dan boleh dimuat-turun terus daripada Apple AppStore bermula hari ini.

Sama seperti pada platform lain, ia membolehkan para pengguna menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain, selain pada masa yang sama berkongsi gambar, video dan juga audio bersama rakan-rakan mereka pada ChatON. ChatON juga turut sama membawakan sokongan permesejan secara berkumpulan seperti platform permesejan lain.

Selain daripada itu, Samsung juga dijangka akan menawarkan aplikasi tersebut kepada para pengguna BlackBerry dan juga Windows Phone tidak lama lagi. Sementara itu, sekiranya anda menggunakan iOS, anda sudah boleh memuat-turun ChatON terus daripada AppStore secara percuma hari ini.


TIPS & ULASAN