Salah satu promosi hebat daripada pihak DiGi adalah tawaran internet tanpa had ketika melawat beberapa negara pilihan, dimana ia ditetapkan pada kadar RM36, RM46 dan RM56 sehari bergantung kepada negara. Namun amat mendukacitakan, kerana ia dilihat promosi berkenaan akan ditamatkan bermula 29 Februari 2012 untuk semua pelan kelak.
Ianya merupakan salah satu perkhidmatan yang amat berguna kepada para pengguna DiGi yang ingin ke luar negara, dimana DiGi menjayakan perkara ini dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi di luar negara.
Ia tidak diketahui adakah selepas ini DiGi akan memperkenalkan pelan khas yang baru, ataupun memerlukan para pengguna menggunakan perkhidmatan Internet Roaming 38 yang mengenakan caj sebanyak RM38 untuk satu MB.