Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk menambah baik telefon bimbit dari keluarga feature phone, hari ini Nokia telah mengambil-alih salah sebuah syarikat pembangun sistem operasi mudah-alih yang memfokuskan feature phone, iaitu Smarterphone. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Untuk makluman, Smarterphone membangunkan perisian yang membolehkan para pembangun telefon bimbit menjadikan telefon asas disertakan bersama-sama dengan beberapa fungsi seumpama telefon pintar, dan memberikan antaramuka yang menarik padanya.

Ia tidak diketahui samada adakah Nokia akan mengekalkan platform Smarterphone, ataupun mengintegrasikannya bersama-sama dengan S40 milik mereka. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan menarik dunia telefon bimbit biasa sepanjang tahun ini, bersama-sama dengan perkembangan dunia telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd