Jikalau sebelum ini Instagram hanya memaparkan sebuah thumbnail kecil sahaja pada Facebook setiap kali anda memuat-naik gambar baru, kini, ia kelihatan Instagram telah menambah baik sokongan pada Facebook, dengan membolehkan para pengguna terus memuat-naik gambar yang sama pada Facebook dalam saiz penuh.
Bermula hari ini, sekiranya para pengguna memilih untuk berkongsi gambar pada Facebook, Instagram secara automatik akan membuat sebuah album khas pada akaun Facebook anda, sekaligus menambah segala gambar yang anda ingin kongsikan padanya.
Ia juga sekaligus membolehkan rakan-rakan anda melihat gambar-gambar yang dimuat-naik oleh anda terus pada Facebook. Menariknya adalah memandangkan ianya didatangkan dalam saiz penuh, maka anda turut sama boleh memperlihatkannya dengan menarik pada Timeline anda.