Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang popular pada tahun lepas adalah laman-laman yang membolehkan para pengguna ping akan artikel mereka pada sesuatu laman, seperti GengBlogger dan sebagainya. Dengan konsep yang lebih kurang sama, tetapi sedikit perubahan, kini munculnya Kartikel, salah satu perkhidmatan tempatan yang menawarkan perkongsian artikel.

Melalui Kartikel, ia menggunakan Facebook Connect untuk pendaftaran, dan seterusnya para pengguna boleh menghantar artikel dari pelbagai kategori, dari IT, Teknologi hingga ke masakan, agama dan sebagainya.

Dan menariknya, apabila sesuatu pautan di klik pada laman Kartikel, ia terus membawanya terus ke sesuatu laman blog atau web itu, disamping turut menyertakan sebuah bar Kartikel pada bahagian atasnya. Melalui bar tersebut, para pengguna boleh terus melayari pelbagai laman-laman menarik, dengan adanya pilihan rawak padanya.

Menurut Kartikel juga, mereka ingin menjadi salah satu platform untuk perkongsian dan penemuan artikel berbahasa Malaysia, sekaligus terus menambah minat membaca dikalangan pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd