Microsoft sering melakukan pelbagai kajian di seluruh dunia, dan baru-baru ini mereka telah menjalankan kajian berkenaan teknologi yang membawakan keluarga di Asia bersama, dan kehidupan sosial masing-masing. Melaluinya, ia dilihat hampir 86% keluarga bersetuju yang mana teknologi mempunyai impak positif dalam perhubungan keluarga mereka.
Antara kaedah yang popular dikalangan pengguna Asia dalam berhubung antara satu sama lain adalah melalui telefon, dan diikuti oleh SMS dan juga rangkaian sosial. Di Malaysia, kaedah yang paling popular adalah menggunakan panggilan telefon dimana lebih 49% gemarkan kaedah tersebut.
Pada masa yang sama juga, keluarga di Asia lebih gemar berkongsi akan gambar berbanding dengan benua-benua lain. Selain daripada perkongsian gambar, mereka juga gemar mengemaskini status pada rangkaian sosial, serta turut gemar berkongsi video antara satu sama lain.