Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi popular daripada pembangun Ubuntu adalah Ubuntu One yang mana sehingga kini hanya ditawarkan kepada para pengguna Android dan pengguna komputer dan desktop sahaja. Namun, hari ini Canonical telah pun turut sama melancarkan aplikasi Ubuntu One Files untuk para pengguna iPhone, dan boleh dimuat-turun secara percuma dari AppStore.

Melalui aplikasi Ubuntu One Files ini, ia membolehkan para pengguna untuk menguruskan fail-fail mereka terus pada iPhone, selain mana pada masa yang sama terus memuat-naik fail-fail seperti gambar dan sebagainya terus ke akaun Ubuntu One mereka. Ia juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada iCloud, dimana melalui akaun percuma Ubuntu One, Canonical menawarkan storan sehingga 5GB secara percuma.

Bagi anda yang berminat dan mempunyai iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Ubuntu One Files ini secara percuma terus daripada AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd