Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi tempatan yang mempunyai idea menarik dan unik adalah TableFourUs, yang mana telah dilancarkan kepada umum pada tahun lepas. Aplikasi yang hanya ditawarkan untuk para pengguna iPhone sahaja sebelum ini, nampaknya akan diperkenalkan kepada pelbagai platform lain pada tahun ini, dan salah satu platform yang bakal menerimanya dalam masa terdekat ini adalah Symbian.

Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi TableFourUs, ia membolehkan para pengguna membuat tempahan meja makan di beberapa restoran terpilih di sekitar Lembah Klang. Bilangan restoran yang disokong bertambah dari hari ke hari, sekaligus memudahkan anda membuat tempahan melaluinya dan memilih tempat makan kegemaran anda, disamping menemui tempat makan baru yang menarik.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah aplikasi TableFourUs akan diperkenalkan pada platform Symbian dan MeeGo, namun mungkin kita boleh lihatnya dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi. Versi Android dan juga BlackBerry masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd