Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang tiba-tiba menjadi popular akhir-akhir ini adalah meme dalam bentuk rage comic, dan semestinya ia juga menjadi minat ramai pengguna untuk menggunakan gambar tersebut dalam menghasilkan komik dan beberapa perkara lain. Dan bagi para peminat gambar sedemikian, anda turut boleh menggunakannya sebagai gambar utama untuk Facebook Timeline anda hari ini.

Untuk makluman, meme internet ini adalah berasal daripada laman popular 4Chan, dan seperti semakin popular akhir-akhir ini. Gambar ilustrasi ini dihasilkan oleh Sam Spratt, dimana sebelum ini beliau telah bekerja pada media terkemuka, Gawker Media, selain turut membuat pelbagai ilustrasi untuk perkara lain. Anda yang berminat boleh melihat hasil beliau pada laman rasmi SamSpratt.com.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd