Muat-Turun Sebarang Distro Linux Dengan Mudah Melalui Get Linux

Diterbitkan pada Jan 7, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kadang-kala, ianya adalah salah satu perkara yang agak sukar untuk membuat pilihan memuat-turun distro Linux yang dikehendaki, memandangkan setiap versi sistem operasi Linux mempunyai laman web yang berbeza dan perlu dicari terlebih dahulu tempat untuk memuat-turunnya. Namun, masalah ini kini diatasi dengan adanya aplikasi seperti Get Linux.

Aplikasi Get Linux yang dikhaskan untuk para pengguna Windows ini, membolehkan anda membuat pilihan versi dan jenis sistem operasi Linux yang anda inginkan, dan kemudiannya ia akan dimuat-turun secara automatik ke komputer anda.

Melaluinya, anda tidak lagi perlu membuat carian satu per satu, sekaligus memudahkan anda memuat-turun versi dan jenis yang anda inginkan. Bagi mereka yang ingin mencubanya, selain pada masa yang sama mengenali distro-distro baru, anda boleh memuat-turun Get Linux secara percuma hari ini, dan mulakan jelajah anda di dalam dunia sistem operasi sumber terbuka dan Linux.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami