Cari @ Amanz

Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Samsung Galaxy S akan menerima kemaskini khas yang membawakan beberapa kemaskini dan fungsi tambahan, sebagai ganti kepada kemaskini Android 4.0. Dan hari ini, versi pembangunan kemaskini tersebut mula tersebar di internet, memperlihatkan beberapa perkara yang akan didatangkan bersama-sama dengannya.

Kemaskini yang masih berasaskan kepada Android 2.3 Gingerbread ini membawakan beberapa fungsi bersama-sama dengannya seperti sokongan Face Unlock dan juga sokongan untuk merakamkan gambar ketika sedang merakam video. Ia juga membawakan editor gambar seperti pada Galaxy S2, dan berfungsi lebih pantas berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun kemaskini ini daripada forum XDA Developer hari ini. Ia masih lagi tidak diketahui samada adakah kemaskini ini akan diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Samsung, ataupun projek ini telah dimatikan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd