Cari @ Amanz

Bosan dengan gambar desktop dan gambar latar belakang di Twitter yang sama dan inginkan sesuatu yang unik? Kini, anda boleh, dimana melalui perkhidmatan Kuvva, ia membolehkan gambar latar desktop dan juga gambar latar pada profil Twitter anda diubah secara automatik setiap hari, dengan gambar-gambar menarik dan juga unik.

Kuvva merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang masih lagi dalam peringkat beta dan ditawarkan secara percuma. Melaluinya, mereka membawakan sumber inspirasi dalam bentuk ilustrasi, grafik dan gambar setiap hari, sekaligus membolehkan gambar tersebut terus muncul pada desktop ataupun digunakan sebagai gambar latar Twitter anda secara automatik.

Untuk Twitter, ia memerlukan para pengguna membenarkan aplikasi Kuvva mengakses profil mereka. Namun melalui percubaan kami, ia mengambil masa sehingga 3 hari sebelum gambar pertama muncul pada profil.

Untuk desktop pula, ia menawarkan aplikasi khas untuk Windows dan juga Mac OS X, membolehkan anda mengawal gambar-gambar yang dijadikan sebagai gambar latar dengan mudah.

Anda juga boleh memilih kategori gambar-gambar latar yang digemari anda, dan ingin digunakan pada profil ataupun pada desktop anda. Jadi, bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan diri dan mencuba aplikasi Kuvva hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd