Bootloader Untuk HTC Desire, Merge, Salsa Dan Wildfire Boleh Di Nyah-Kunci Sekarang

Bootloader Untuk HTC Desire, Merge, Salsa Dan Wildfire Boleh Di Nyah-Kunci Sekarang

Diterbitkan pada Jan 7, 2012 oleh .

Nama HTC boleh dikatakan senyap akhir-akhir ini, berkemungkinan sedang menyediakan sesuatu peranti khas yang mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Dan pada hari ini, HTC telah pun mengumumkan yang mana para pengguna HTC Wildfire S, Wildfire, Salsa, Merge dan Desire boleh menggunakan pilihan untuk nyah-kunci bootloader masing-masing dengan mudah.

Melalui perisian yang disediakan oleh pihak HTC, ia membolehkan para pengguna Wildfire, Salsa, Merge, dan Desire dengan mudah membuang kunci pada bootloader peranti masing-masing, sekaligus menggunakan perisian pihak ketiga dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh merujuk ke laman HTC Dev hari ini, dan mula membuang kunci pada bootloader anda, dan seterusnya memasang perisian dan aplikasi pihak ketiga, dengan mudah.


TIPS & ULASAN