Windows Phone Marketplace Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Windows Phone Marketplace Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 8, 2012 oleh .

Bagi para pengguna tempatan, mungkin ianya merupakan salah satu masalah sekiranya anda menggunakan Windows Phone, memandangkan Windows Phone Marketplace masih tidak dilancarkan untuk digunakan di Malaysia secara rasminya. Namun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi, dimana perancangan awal untuknya telah pun mula dilakukan oleh Microsoft.

Microsoft, melalui App Hub, kini telah pun membolehkan para pembangun aplikasi untuk menyertakan aplikasi untuk turut diedarkan untuk pasaran Malaysia. Perkara ini dilihat telah ditambah oleh Microsoft sejak daripada 5 Januari yang lepas, dimana selain daripada Malaysia, negara lain yang turut ditambah pada senarai termasuk China, Indonesia dan Filipina.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum memberikan tarikh pasti untuk pelancarannya di Malaysia, namun dengan pengumuman ini, mungkin kita boleh mensasarkannya pelancarannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN