Gambar Awal Tablet OLPC XO-3 Mula Kelihatan

Gambar Awal Tablet OLPC XO-3 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Jan 8, 2012 oleh .

Salah satu projek yang tidak lama kedengaran adalah projek One Laptop Per Child. Salah satu produk daripada mereka, tablet XO-3 kini disasarkan untuk pelancaran pada CES 2012, dan kini beberapa gambar awal tablet tersebut sudah pun mula kelihatan. Melalui gambaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan tablet ini membawakan beberapa slot asas dan juga sedikit tebal berbanding tablet-tablet di pasaran.

Buat masa ini, spesifikasi penuh masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Apa yang dapat dilihat adalah dimana ia turut sama menyertakan slot USB, berkemungkinan menyokong penghantaran dan perpindahan fail melaluinya, selain bersaiz lebih kurang 8-inci. Kamera hadapan juga seperti terdapat padanya, membolehkan panggilan video dan sebagainya dibuat.

Mungkin kita akan dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan peranti ini dalam beberapa hari sahaja lagi.


TIPS & ULASAN