Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami telah pun melaporkan yang mana Canonical, iaitu pembangun disebalik Ubuntu bakal memperlihatkan sesuatu konsep baru pada acara CES 2012 kelak. Kini, melalui laporan awal, ia diperkatakan perkara yang bakal diperlihatkan adalah TV konsep menggunakan Ubuntu, sekaligus memperlihatkan Ubuntu turut menyertai industri televisyen pintar yang semakin hangat dari hari ke hari.

Apakah kelainan yang bakal dibawakan masih tidak diketahui sepenuhnya, dan mungkin akan diketahui esok ataupun lusa. Selain daripada televisyen pintar mereka, Ubuntu juga turut sama akan mempromosikan beberapa produk mereka pada acara tersebut.

Sebelum ini, Canonical turut merancang membawakan Ubuntu ke telefon pintar, dan dengan pengumuman ini, mungkin kita akan dapat melihata Ubuntu pada telefon pintar, komputer dan juga televisyen, sekaligus menjadikannya mesra pada pelbagai saiz skrin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd