Cari @ Amanz

BitTorrent kini telah pun sedia mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna setiap bulan, dan kini mereka memperluaskan produk mereka, dengan memperkenalkan aplikasi bernama Share, yang membolehkan anda berkongsi fail bersama-sama dengan rakan anda dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang had dan sebagainya.

Melalui aplikasi Share yang masih lagi pada peringkat Alpha ini, ia membolehkan para pengguna berkongsi video, gambar dan pelbagai jenis dokumen tanpa sebarang had storan, tanpa bayaran, dan memilih siapa yang akan menerima fail tersebut.

Share juga menjanjikan dimana perkongsian fail lebih pantas, dimana rakan-rakan anda boleh memuat-turun fail dengan lebih pantas berbanding teknologi sedia ada sekarang.

Perkhidmatan ini juga dijangka akan diintegrasikan pada klien popular BitTorrent dan juga uTorrent setelah ujian alpha-nya tamat. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh ke laman Share hari ini, dan mula menggunakannya serta-merta hari ini dalam berkongsi fail bersama rakan anda yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd