Cari @ Amanz

Salah satu perkhidmatan tempatan yang baru berusia beberapa bulan adalah Faces.my, yang mana masih lagi pada peringkat beta tertutup. Kini, pihak pembangun mereka telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan Faces.my dalam bentuk beta terbuka menjelang 29 Januari kelak, dimana disamping itu, akan memperkenalkan beberapa fungsi baru bersama dengannya.

Antara yang bakal disertakan sekali kelak adalah rekabentuk halaman Dashboard yang baru dan lebih kemas lagi, serta sokongan pendaftaran masuk menggunakan akaun Facebook, Twitter dan sebagainya. Buat masa ini, senarai penuh fungsi dan sokongan yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya.

Untuk yang tidak kenali Faces.my, ia merupakan salah satu laman khas yang memfokuskan kepada pekerja bebas (freelancer) membolehkan mereka memperlihatkan portfolio dan hasil kerja, disamping pada masa yang sama membolehkan orang luar untuk mencari pekerja bebas yang dikehendaki mereka dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd