Cari @ Amanz

Nampaknya, Google kini telah pun merancang untuk memperkenalkan integrasi Google Bar pada laman video paling popular di dunia, YouTube, yang mana sekaligus akan memberikan impak yang amat positif sekali pada angka pengguna dan kadar keaktifan pengguna di laman sosial milik mereka, iaitu Google+.

Buat masa ini, Google Bar yang baru telah pun diperkenalkan pada kebanyakkan perkhidmatan Google sedia ada, dan mengintegrasikannya bersama pada YouTube semestinya memberikan kesan drastik pada Google+.

Sejak daripada penghujung tahun yang lepas, angka pengguna Google+ dilihat meningkat dengan drastik, tambahan lagi dengan Google sendiri yang mula mengiklankannya melalui pelbagai platform, bukan sahaja atas-talian, tetapi juga melalui media cetak dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd