Nokia Lumia 900 Akan Dilancarkan Lewat Hari Ini?

Nokia Lumia 900 Akan Dilancarkan Lewat Hari Ini?

Diterbitkan pada Jan 9, 2012 oleh .

Walaupun Nokia masih lagi belum melancarkan Nokia Lumia di Malaysia sehingga ke hari ini, kini ia diperkatakan yang mana Nokia bakal melancarkan lagi satu peranti baru pada keluarga Nokia Lumia, iaitu Lumia 900, yang mana dari segi penggunaan angka versi, ia menunjukkan Nokia Lumia 900 akan menjadi salah satu peranti dengan spesifikasi tinggi.

Nokia Lumia 900 turut diperkatakan akan menyokong rangkaian LTE padanya, dan seperti semua sedia maklum menggunakan Windows Phone Mango sebagai sistem operasinya. Buat masa ini, harga penjualan peranti tersebut masih lagi tidak diketahui.

Berkenaan dengan tarikh pelancaran peranti Nokia Lumia di Malaysia juga masih tidak diketahui dan menjadi tanda tanya. Berkemungkinan pihak Nokia dan Microsoft akan melancarkannya bersama-sama dengan pelancaran Windows Phone Marketplace di Malaysia kelak, yang mana akan dilakukan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN