Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2012 oleh .

Salah satu sistem operasi yang dinantikan pada tahun ini, selain daripada Ubuntu dan Fedora yang sedia diketahui jadual pelancarannya, adalah sistem operasi daripada pihak Microsoft, iaitu Windows 8. Hari ini, ketika melancarkan beberapa peranti baru, Acer mengatakan yang mana sistem operasi daripada Microsoft ini akan ketemui para pengguna pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Walaubagaimanapun tarikh pasti berkenaan dengan pelancaran Windows 8 masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Microsoft sendiri dijangka akan memperlihatkan lebih banyak informasi berkenaan dengan Windows 8 dalam masa terdekat, selain Windows 8 Beta dijangka akan dilancarkan pada penghujung Februari kelak.

Buat masa ini, Windows 8 hanya dikeluarkan dalam bentuk Developer Preview sahaja, yang mana mendapat reaksi positif daripada para pengguna, selain beberapa pandangan berbeza daripada pengguna desktop yang menganggap ianya lebih dioptimasikan untuk para pengguna skrin sentuh.


TIPS & ULASAN