Cari @ Amanz

Dengan dunia perkomputeran awan yang semakin popular dari hari ke hari, kini pengeluar komputer dan komputer riba terkemuka dunia, Acer turut mengumumkan dan memperkenalkan perkhidmatan perkomputeran awan mereka tersendiri, dinamakan sebagai AcerCloud, membolehkan pengguna berhubung dengan data dan fail mereka dimana sahaja mereka berada.

Melalui AcerCloud, beberapa perkhidmatan yang didatangkan bersama adalah PicStream yang membolehkan pengguna menghantar gambar dari peranti mudah-alih mereka terus ke komputer Acer milik mereka, AcerCloud Docs yang membolehkan dokumen disimpan pada awan, dan diakses melalui pelbagai peranti dengan mudah, serta clear.fi Media yang membolehkan semua fail-fail multimedia diakses dimana sahaja pada bila-bila masa.

Perkhidmatan ini dijangka akan didatangkan bersama-sama dengan pelbagai komputer keluaran Acer bermula suku tahun kedua tahun ini (bermula daripada Amerika Syarikat dan China), yang mana membolehkan para pengguna berhubung dengan selamat bersama pelbagai peranti dan dokumen mereka dimana sahaja mereka berada. Walaubagaimanapun, sokongan AcerCloud dijangka akan diperkenalkan ke seluruh dunia bermula suku tahun ke-empat.

Acer turut mengatakan para pengguna turut sama boleh mengaksesnya melalui peranti pintar mereka, dimana sokongan awal akan diperkenalkan untuk Android, dan platform lain akan menyusul selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd