Acer Memperkenalkan Aspire S5 Dan Memperlihatkan Iconia Tab Empat-Teras

Acer Memperkenalkan Aspire S5 Dan Memperlihatkan Iconia Tab Empat-Teras

Diterbitkan pada Jan 9, 2012 oleh .

Hari ini, Acer memperkenalkan keluarga ultrabook baru daripada mereka, iaitu Acer Aspire S5 yang mana diperkatakan sebagai ultrabook paling nipis didunia sehingga kini, serta membawakan beberapa penambahan menarik berbanding yang sedia ada. Selain daripada itu, Acer turut sama memperlihatkan secara pantas, tablet terbaru mereka, Acer Iconia Tab dengan cip pemprosesan empat teras.

Melalui Acer Aspire S5, ia membawakan pelbagai teknologi sedia ada, seperti Acer Instant On yang membolehkan ia dimulakan dalam masa kurang 1.5 saat, serta sokongan Acer Always Connect yang membolehkan para pengguna mengakses data mereka dari mana juga walaupun komputer mereka dalam keadaan tidur. Pada masa yang sama, seperti pada MacBook, Acer Aspire S5 juga turut sama membawakan slot Thunderbolt bersama-sama dengannya untuk permindahan data, serta beberapa sokongan yang lain.

Dari segi daya tahan bateri pula, Aspire S5 diperkatakan akan bertahan selama lebih kurang 8 jam. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi dan harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui. Acer Aspire S5 sendiri dijangka akan dimulakan jualan dibeberapa negara bermula suku tahun kedua tahun ini.

Selain daripada itu, Acer juga turut sama memperlihatkan secara pantas tablet generasi baru daripada mereka, iaitu Iconia Tab dengan cip pemprosesan empat teras. Spesifikasi penuhnya masih lagi tidak diketahui, namun Acer turut memperlihatkan ianya akan menyokong video pada 1080p kelak. Mungkin lebih maklumat berkaitan Acer Iconia Tab baru ini akan diketahui tidak lama lagi.


Gambar : CNet


TIPS & ULASAN