Semua sedia maklum yang mana Twitter mengintegrasikan media pada laman mereka, membolehkan para pengguna melihatnya tanpa perlu ke laman sesuatu media itu disimpan, seperti YouTube, Flickr dan sebagainya. Dan kini ia dilihat Twitter turut sama membolehkan kandungan berbentuk teks turut sama diperlihatkan pada laman mereka.
Ia tidak diketahui sejak bila, dan buat masa ini, media berbentuk teks yang disokong hanyalah daripada blog WordPress, dan yang menggunakan pautan singkatan dengan URL WP.ME sahaja, dan yang lain masih tidak berfungsi sepenuhnya.
Melalui apa yang dilihat, ia menunjukkan ringkasan daripada sesuatu URL tersebut terus pada laman Twitter, selain turut sama memperlihatkan gambar ataupun video yang terdapat pada artikel tersebut.
Menariknya mengenai perkara ini adalah dimana ia sekaligus memudahkan para pengguna untuk melihat kandungan sesuatu laman terlebih dahulu, sebelum memerlukan mereka klik padanya untuk membaca dengan lebih lanjut. Berkemungkinan kelak Twitter, mungkin akan memperluaskannya kepada pelbagai jenis pautan dan blog-blog lain.