Antaramuka Projek Tizen (Evolusi MeeGo) Mula Kelihatan

Antaramuka Projek Tizen (Evolusi MeeGo) Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Jan 9, 2012 oleh .

Pada penghujung September yang lepas, sebuah projek sistem operasi baru, evolusi daripada MeeGo telah diumumkan oleh Intel dan juga Samsung, iaitu Tizen, yang mana dibangunkan dibawa lesen sumber terbuka. Kini nampaknya, sistem operasi tersebut disasarkan untuk diperlihatkan dengan peranti Samsung, seawal bulan Februari kelak pada acara Mobile World Congress.

Perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Tetapi beberapa paparan antaramuka awal untuk Tizen ini telah pun mula kelihatan. Ia dilaporkan, Tizen ini masih lagi pada peringkat awal lagi, dan mungkin antaramuka akhirnya kelak sedikit berbeza dengan apa yang diperlihatkan pada hari ini.

Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengan Tizen ini akan mula kedengaran dengan hampirnya acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada bulan Februari kelak.

Terima kasih Eins.


TIPS & ULASAN