Facebook Kini Membolehkan Para Pengguna Menjana Facebook Credits Dengan Mudah

Facebook Kini Membolehkan Para Pengguna Menjana Facebook Credits Dengan Mudah

Diterbitkan pada Jan 9, 2012 oleh .

Facebook Credits merupakan salah satu fungsi yang masih lagi tidak begitu popular dikalangan pengguna Facebook memandangkan keperluan ianya untuk mengeluarkan duit dan tidak sesuai dengan golongan remaja yang tidak mempunyai kad kredit dan sebagainya. Untuk mengatasinya, hari ini Facebook memperkenalkan sesuatu yang baru untuk para pembangun aplikasi.

Hari ini, Facebook memperkenalkan sokongan yang dinamakan In-App Currency Offers, membolehkan para pengguna untuk menyelesaikan beberapa tawaran dalam bentuk iklan yang disediakan, sekaligus mendapatkan Facebook Credits untuk digunakan pada aplikasi mahupun pada permainan di Facebook.

Melalui perkara ini, ia menguntungkan kesemua pihak, daripada pengguna, pembangun aplikasi sehinggalah kepada pihak pengiklan dan juga Facebook sendiri.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ketika pengenalannya kini, ia lebih memfokuskan kepada tawaran-tawaran yang dikhaskan untuk para pengguna di Amerika Syarikat. Namun, dengan para pengguna tempatan dan pengiklan tempatan yang amat ramai, tidak mustahil ia turut sama diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN