Kadangkala, beberapa keadaan membuatkan media tidak dapat mengakses sesuatu kawasan dengan lebih dekat, sekaligus menjadikan beberapa perkara tidak diketahui ramai. Perkara ini, kini diatasi dengan pihak Polis Diraja Malaysia sendiri membawakan kemaskini video dari pelbagai tempat kejadian, terus melalui saluran YouTube mereka.
Perkara ini merupakan salah satu medium tambahan yang dibawakan oleh Polis Diraja Malaysia dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi itu dengan lebih pantas kepada para pengguna, selain daripada Facebook dan juga Twitter sedia yang dijaga oleh mereka.
Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat berita lebih pantas dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia sendiri berbanding dengan media-media semasa yang sedia ada.