Cari @ Amanz

CouponHouz merupakan salah satu syarikat penyedia kupon dan tawaran harian unik yang membolehkan para pengguna mendapatkan tawaran dan kupon berdasarkan langganan mereka dengan pihak CouponHouz. Hari ini, salah seorang sumber rapat kami memberitahu yang mana kini CouponHouz dalam perbincangan akhir dengan salah satu syarikat dari Australia, dan berkemungkinan akan diambil-alih dalam masa terdekat ini.

Sepanjang tahun lepas, kita telah dapat melihat beberapa laman tawaran harian tempatan yang diambil-alih, sekaligus membolehkan beberapa syarikat seperti Groupon, dan LivingSocial memasuki arena tempatan.

Buat masa ini, syarikat yang mengambil-alih CouponHouz masih lagi tidak diketahui, malah percubaan kami untuk menghubungi pihak CouponHouz juga gagal. Mungkin kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya, dan mengemaskini pembaca dengan berita mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd