Cari @ Amanz

UbuntuTV Diperlihatkan Oleh Canonical Secara Rasminya

Oleh Aman

Link Copied!

Akhirnya, seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, hari ini pihak Canonical telah pun secara rasminya memperlihatkan UbuntuTV yang dinantikan ramai, yang mana memperlihatkan sistem operasi Linux yang popular, Ubuntu dibawa ke arena televisyen dan menggunakan antaramuka yang dioptimasikan khas diinspirasikan daripada antaramuka Unity.

Buat masa ini, pihak Canonical masih tidak menandatangani sebarang kerjasama bersama dengan pengeluar televisyen. Namun ia disasarkan berkemungkinan televisyen pertama menggunakannya mungkin dilancarkan seawal penghujung tahun ini.

Melalui UbuntuTV, ia membolehkan para pengguna menonton video daripada pemain media mereka dengan mudah, samada dalam bentuk video atau audio, selain turut sama menonton terus daripada YouTube. Menariknya, ia juga didatangkan dengan kedai jualan terbina, membolehkan para pengguna menyewa atau membeli filem dan rancangan kegemaran mereka untuk ditonton bersama-sama dengan lain terus dari UbuntuTV.

Dengan pengumuman UbuntuTV, ia sekaligus memperlihatkan Ubuntu bukan sahaja digunakan pada desktop, tetapi kini turut dibawa ke pelbagai peranti lain yang berupaya menyokongnya, selain mana Ubuntu yang dioptimasikan untuk telefon pintar dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.


Komen ()