Carian
VoucHEREs Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Pada 21 Januari
January 9, 2012 Aman

Salah satu syarikat tempatan yang kini mula mendapat perhatian ramai sejak memenangi program Make The Pitch adalah VoucHEREs yang mana menawarkan diskaun dan kupon berasaskan geolokasi kepada para pengguna. Kini, pihak pembangun mereka telah pun memaklumkan kepada pihak Amanz yang mana VoucHEREs akan dilancarkan dalam bentuk beta pada 21 Januari kelak.

Ketika permulaan, mereka akan memfokuskan pasaraya Midvalley Megamall terlebih dahulu, dan akan memperluaskannya secara berperingkat dari semasa ke semasa. Buat masa ini, mereka masih lagi dalam perbincangan bersama beberapa pihak dan juga syarikat dalam menggunakan produk mereka.

Melalui VoucHEREs, ia membolehkan para pengguna menggunakan telefon bimbit dengan akses internet, ataupun telefon pintar mengakses laman VoucHEREs, dan seterusnya mengetahui diskaun-diskaun yang ditawarkan oleh sesuatu kedai. Menariknya adalah berkenaan dengan teknologi yang digunakan oleh mereka, yang membolehkan aplikais tersebut mengetahui dimanakah lokasi seseorang pengguna itu berada.

Namun, apa yang menjadikan kami tertarik adalah bagaimana ia akan kelak mengetahui para pengguna berada disesuatu tingkat itu. Pertanyaan berkenaan dengan perkara ini masih tidak dijawab oleh pihak mereka dan masih lagi menjadi rahsia kejayaan sistem mereka itu. Mungkin kita akan ketahui perkara disebalik teknologi ini ketika pelancaran versi beta VoucHEREs kelak pada 21 Januari ini.

Komen