Cari @ Amanz

Kod Sumber Symbian^3 Tersebar – Kemungkinan Android Ke Peranti Nokia Tinggi?

Oleh Aman

Link Copied!

Symbian merupakan salah satu platform sistem operasi yang popular, dimana digunakan oleh Nokia dalam beberapa peranti mereka. Dengan Symbian Belle yang disasarkan untuk diperkenalkan kepada beberapa peranti tidak lama lagi, kod sumber Symbian^3 kini telah pun mula tersebar diinternet, dan menariknya didatangkan bersama-sama dengan bootloader untuk peranti Nokia yang menggunakan perisian tersebut.

Menariknya adalah memandangkan ia tersebar dengan bootloader ia bakal membolehkan sistem operasi lain digunakan pada peranti Nokia dengan beberapa perubahan pada kod, sekaligus membolehkan sistem operasi seperti Android dan lain-lain digunakan padanya.

Buat masa ini, Android ataupun platform lain yang diubah-suai khas untuk peranti Nokia masih lagi belum diperkenalkan. Namun dengan kuasa komuniti, ia mungkin akan mula kelihatan dalam masa beberapa hari atau minggu lagi.


Komen ()