Canonical Memperlihatkan Ubuntu TV Melalui Video – Laman Rasmi Dilancarkan

Diterbitkan pada Jan 9, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti mana yang diumumkan awal hari ini, kini pihak Canonical telah pun melancarkan laman web khas untuk Ubuntu TV, memperlihatkan dengan lebih dekat lagi berkenaan sokongan platform baru untuk Ubuntu, selain pada masa yang sama menyediakan sebuah video pengenalan khas berkenaan dengan Ubuntu TV.

Melalui video yang diperlihatkan, Ubuntu TV membawakan integrasi menyeluruh dengan perkhidmatan penyiaran bersama-sama dengan televisyen, membolehkan anda merakamkan video, membeli daripada beberapa penyedia yang disediakan, mahupun menonton video terus daripada laman-laman perkhidmatan video seperti YouTube dan sebagainya.

Buat masa ini, bilakah televisyen pertama dengan Ubuntu TV akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui. Namun, pihak Canonical kini terbuka untuk berbincang, dan mensasarkan televisyen pertama dengan Ubuntu berada di pasaran seawal penghujung tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami