Selain daripada pembangunan pelayar web, kini Opera Software terus memperluaskan platform yang disokong oleh mereka, dimana sama seperti Canonical, mereka juga turut sama memfokuskan kepada pasaran televisyen dengan memperkenalkan Opera TV Store secara rasminya pada hari ini.
Melalui Opera TV Store, ia membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi HTML5 seperti Facebook, Vimeo dan sebagainya terus pada kaca televisyen mereka, serta boleh dikawal dengan mudah melalui penggunaan alat kawalan jauh untuk televisyen.
Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Opera TV Store bersama-sama dengan televisyen akan diperkenalkan. Mungkin kita boleh melihatnya sebelum penghujung tahun ini.